Jasmani dan Kesihatan bertujuan membantu
murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan
kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara
utama seperti kognitif mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan
boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu
pelajar menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pembentukan
individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
Pendidikan
Jasmani dapat membantu murid mempertingkat dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan
dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai pelbagai aktiviti fizikal dan membentuk sahsiah dan disiplin
diri serta membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Matlamat dan tujuan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan di sekolah rendah
adalah untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal pelajar-pelajar,
membangkitkan pembelajaran secara inkuari dan penemuan melalui aktiviti fizikal
yang kreatif dan imaginative, membangunkan koordinasi fizikal dan
mental,kawalan diri dan keyakinan diri, memberi peluang kepada pelajar-pelajar
mengalami pengalaman yang luas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan
aktiviti,dengan atau tampa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara.
Selain itu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah
rendah juga meningkatkan keupayaan fizikal
pelajar-pelajar dengan membangun sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi
berbeza dan membolehkan setiap pelajar mengalami perasaan kejayaan melalui
aktiviti fizikal.
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid
meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat. Wujudkan insan yg berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan.
Membantu orang ramai mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan tingkalaku
dan usaha sendiri. Memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab
kesihatan kerajaan.
Dalam
konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, Pendidikan
Jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam
masyarakat (de Vries, 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat,
melalui sekolah, universiti dan lain-lain institusi pengajian menurunkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi.
Sekolah merupakan salah satu institusi pengajian formal. Subjek Pendidikan
Jasmani di sekolah pula dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan.
Pendidikan Jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995).
Malah, Pendidikan Jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan
subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual),
sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek
psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada
golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal
seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang
disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan
ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan
Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan
perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi
fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu
dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain
pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan
baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masakini. Malah, jika dilihat daripada skop yang lebih luas, Pendidikan Jasmani suaian untuk golongan khas adalah lebih kritikal daripada golongan normal.Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna. Contohnya terdapat di kalangan pelajar yang mengalami otot-otot yang kurang sempurna tidak dapat melakukan pergerakan seperti pelajar biasa. Begitu juga yang mengalami masalah deria tidak dapat bergerak sebebas dan sepantas pelajar biasa. Ini akan mengakibatkan mereka merasa rendah diri dan tersisih. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Selain daripada itu aktiviti Pendidikan Jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.

Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental. Kategori kesihatan yang paling utama untuk pelajar yang mempunyai kekurangan upaya secara fizikal yang melibatkan aspek kesihatan ialah apabila kekurangan-kekurangan itu sendiri boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan individu tadi secara timbal balik (Heller, 2000). Aktiviti fizikal terancang menjadi lebih penting kerana banyak kecacatan yang dialami oleh pelajar khas seperti kekejangan otot menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sesuatu pergerakan dan menghadkan pergerakan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Otot-otot yang kurang sempurna ini sepatutnya perlu dilatih dan dilazimkan ke tahap yang melebihi optimum bagi membantu mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah. Aktiviti pergerakan dalam pendidikan jasmani boleh membantu mengurangkan atau mengendurkan ketengangan yang dialami. Selain itu aktiviti pendidikan jasmani juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai juga adalah meyukarkan untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat; dan peralatan yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.
Sebagai
tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran,
pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan
kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003).
Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan
French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi
aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang
untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan”
(Jansma dan French, 1994).
No comments:
Post a Comment