1.0
Sejarah Lari Berganti-ganti
Acara lari
berganti-ganti merupakan acara yang tergolong dalam acara pecut. Acara lari
berganti-ganti tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. Acara stade
adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192
meter.
Acara
lari berganti-ganti yang biasa dipertandingkan adalah 4 x 100 meter, 4 x 200
meter, dan 4 x 400 meter. Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada
empat pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain, mereka berlari dalam
satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan dihantar ke
dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Jika baton terjatuh, ia
mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya. Selepas baton dihantar, pelari
harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.
1.1 Latihan ansur maju penukaran baton
(a) Latihan Statik – Berpasangan melibatkan dua peserta
-
Atlit A perlu berada lebih kurang 1 meter belakang atlit B.
-
Atlit A memberi isyarat kepada atlit B.
-
Atlit B menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
-
Atlit B menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja atlit A menepuknya dengan
tangan kiri.
(b) Latihan Bergerak – Berpasangan memerlukan 2 peserta
-
Dilakukan sambil berlari anak (joging)
-
Atlit A akan berlari ke hadapan atlit B setelah baton
kepadanya.
-
Atlit B pula menghantar baton kepada atlit A.
(c) Latihan Bergerak – Berpasangan
asingkan kedudukan
- kedua-dua peserta
dalam jarak lebih kurang 30 meter.
- Atlit A berlari dan apabila
dia sampai di tandaan.
-
Atlit B pula mula berlari.
-
Atlit A terus mengejar atlit B untuk memberi baton
kepadanya.
-
Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
Latihan-latihan tersebut boleh dijalankan oleh
4 hingga 6 orang peserta di dalam satu barisan. Semasa menjalankan latihan
hendaklah menggalakkan memerhati kawan-kawan dan meneliti sama ada teknik atau
cara yang dipraktiskan betul atau tidak.
Gambar latihan ansur maju
No comments:
Post a Comment