1.0 Sejarah Lari Pecut
Lari pecut merupakan
salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.
Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja
serta orang suruhan bangsawan.
Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin
popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan
melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang
digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384
(192 meter x 2 ) diadakan.
Pada zaman olimpil kuno, larian bermula
dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok
permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan
dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun
saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan
untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas
kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan
penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi
masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan
dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang
paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada
tahun 1880-an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian.
Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter
pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan
tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini
dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum
tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan
pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam
acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr
dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat
pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum
olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh.
Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat.
Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan
dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang
rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long
adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh
Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari
Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah
berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
1.1 Fasa-fasa dan
teknik-teknik larian
i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan
pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat
i) Fasa permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya
panjang.
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan
dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung
tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki
adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris
dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris
dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok
- Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :
1. Gaya peluru
-
blok permulaan adalah rapat dngan
garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2. Gaya sederhana
-
gaya ini meletakkan blok pertama
dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan
blok hadapan.
3. Gaya panjang
-
blok hadapan diletak dua tapak
dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok
hadapan.
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil
tempatnya di blok permulaan.
Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu
jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara
satu sama lain, diletak di belakang garis mula.
Kedudukan kepala dan leher
- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang
ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul
diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.
Pergerakan tangan dan kaki
-
Selepas ' bang' atau tembakan
pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan
dan kaki.
-
Tangan yang bertentangan dengan
kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke
belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
-
Lutut belakang digerakkan ke hadapan
dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa
pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan
badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut
bertambah dalam fasa ini.
b) Fasa kelajuan maksimum
dan pengekalan kelajuan
- fasa pecutan berlaku di antara jarak 30
meter dan 60 meter.
- pecutan berlaku pada awal larian
- 95%
daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan
maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
c) Fasa larian di selekoh
-
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit
berlari, semakin kuat kuasa ‘centrifugal’.Untuk memastikan larian selekoh
adalah berkesan atau untuk mengimbangkan kuasa ‘centrifugal’, seorang pelari
seharusnya merendahkan badan kea rah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus,
manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.
iii) Fasa penamat
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah
untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati
garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk
menonjolkan bahagian torso ke hadapan.
1.2 Latihan ansur maju
Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut,
latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.
a)
Latihan mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam
kumpulan
- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan
seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh
-
Lari berganti - ganti ulang-alik:
larian 20 meter berkumpulan
b) Larian teknik
pecut
- Berlari dengan melangkah panjang
- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat
lutut
- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah
kaki diluruskan.
- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
- Berlari menyepak ke belakang.
- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan
tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.
c)
Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan
- Melonjak untuk jarak.
- Melangkah panjang ( bounding ).
- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
- Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.